KUALA LUMPUR 7 Julai – Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menggesa kerajaan Pakatan Harapan memperhalusi inisiatif untuk mewujudkan Majlis Bahasa dan Sastera Negara. Ketua I Gapena, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, ia merupakan satu keperluan atas kapasiti untuk menggabungkan wakil kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu berkelayakan untuk menganggotai majlis berkenaan demi memastikan kelangsungan bahasa Melayu terus terbela. Menurutnya, cadangan itu merupakan salah satu usul yang dibangkitkan oleh jawatankuasa kerja Gapena ketika sesi mesyuarat agung tahunan yang berlangsung pagi tadi. “Memandangkan bidang persuratan iaitu bahasa dan sastera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya