BUKIT MERTAJAM 26 Julai – Sebanyak dua buah restoran diarah menghentikan perniagaan sementara waktu selepas dikesan gagal mematuhi syarat kebersihan premis yang ditetapkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri, hari ini. Hasil siasatan unit penguatkuasa tersebut mendapati, salah satu daripada restoran terbabit yang terletak di Bandar Perda di sini turut diberikan amaran selepas beberapa ekor lipas dijumpai berkeliaran pada mesin pengisar ais pada bahagian dapur premis mereka. Pada masa sama, tong berisi ketulan ais yang diletakkan di belakang restoran tersebut juga berada dalam keadaan kotor dan ‘berdaki’…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya