KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal mewujudkan Forum Kebangsaan Petani Muda sebagai saluran pemudah cara antara kumpulan petani muda dengan pihak kementerian. Menterinya, Salahuddin Ayub berkata, kewujudan forum ini bertujuan untuk membincangkan agenda-agenda besar dalam bidang pertanian setelah melihat pelbagai isu dan idea telah dikupas dan dibincangkan dalam perjumpaan beliau bersama belia peladang hari ini. “Melalui forum ini, isu-isu dapat dicerakin dan dimudahcarakan kerana banyak isu…









