Festival Muzik K-Wave 3 kumpul 39 artis - Utusan Malaysia

Festival Muzik K-Wave 3 kumpul 39 artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Tujuh kumpulan artis popular dari Korea Selatan bakal menjayakan Festival Muzik K-Wave 3 yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada pukul 8 malam, 18 Ogos depan.

ANTARA artis yang akan menjayakan Festival Muzik K-Wave 3 pada 18 Ogos depan.

Artis-artis tersebut ialah kumpulan FT Island, Exid, Monsta X, AOA, Jeong Sewoon, WJSN serta Boyfriend yang menjadikan jumlah mereka seramai 39 orang yang akan beraksi di pentas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Festival Muzik K-WAVE 3, yang dibawa khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR itu merupakan acara kali ketiga dengan durasi persembahan lebih daripada 120 minit.

Bagi memeriahkan lagi acara tersebut, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001hingga 2003) berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3.

Untuk keterangan lanjut boleh layari facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×