Fathul Bari, Zahidi komited pikul amanah - Utusan Malaysia

Fathul Bari, Zahidi komited pikul amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 2 Julai – Dua pemimpin dari negeri ini yang berjaya merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti itu Sabtu lalu komited untuk memikul amanah dalam usaha memulihkan kembali parti keramat orang Me­layu itu.

FATHUL BARI MAT JAHYA
FATHUL BARI MAT JAHYA

Kedua-dua mereka yang terpilih itu masing-masing ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri ini, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Bagaimanapun dua lagi pemim­pin dari negeri ini iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO nege­ri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man gagal menempatkan diri da­lam senarai bari­san Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO.

Fathul Bari berkata, beliau akan berusaha sehabis baik yang termampu oleh beliau untuk membantu kepemimpinan parti memulihkan kembali wadah perjuangan UMNO demi melestarikan agama, hak bangsa dan ke­sejahteraan tanah air.

“Jutaan terima kasih kepada semua perwakilan, ahli UMNO seluruh Malaysia serta sahabat-sahabat yang telah memberikan kepercayaan dan soko­ngan kepada saya,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Zahidi pula berkata, beliau bertekad untuk menyatupa­dukan seluruh ahli UMNO selepas me­ng­alami kekalahan teruk dalam pilihan raya baru-baru ini.

“Kita perlu me­ngukuhkan kemba­li parti dan mele­takkan harapan tinggi bahawa kita mampu menang kembali dalam pilihan raya akan datang. Terima kasih kepada para perwakilan yang memilih saya sebagai salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN