SAMARA 5 Julai – Kapten Sweden, Andreas Granqvist mengingatkan England supaya tidak terlalu yakin menjelang aksi suku akhir Piala Dunia di antara kedua-dua pasukan. Skuad Three Lions kendalian Gareth Southgate dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1990. Bagaimanapun, Granqvist percaya bahawa England akan kecundang di Samara meskipun terdapat dakwaan menyatakan Sweden merupakan pasukan idaman England di suku akhir. “Saya ada terbaca mengenai perkara…










