KUALA LUMPUR 1 Julai – Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan UMNO, empat pemimpin wanita berjaya merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT).
Memuatkan artikel berkaitan…
Dua daripada wanita tersebut adalah Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Kedua-dua mereka merupakan penyandang jawatan tersebut dalam pemilihan lalu.
Turut berjaya membarisi senarai tersebut, Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar yang pertama kali bertanding jawatan tersebut, dan Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob.
Kesemua mereka telah bersaing dengan 109 calon Ahli MT lain dalam pemilihan parti yang berlangsung semalam. – UTUSAN ONLINE











