KUALA TERENGGANU 3 Julai – Bagi mengindah dan memeriahkan aktiviti pelancongan dengan prasarana yang diperlukan, kerajaan negeri bercadang membangunkan Dungun Riverfront Esplanade dengan kos RM10 juta. ARIFFIN DERAMAN Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman memberitahu, di samping itu, jeti pelancongan ke Pulau Tenggol menelan dianggarkan RM2 juta akan dibina berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun. Beliau memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri hari ini,…










