SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin menegur sikap sesetengah pemimpin UMNO yang nampaknya kecewa dan luluh jiwa dalam berdepan dengan situasi sekarang. Ada sedikit masalah sahaja terus ambil keputusan keluar parti. Di mana letaknya kekuatan dan semangat seperti slogan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ dalam berdepan cabaran bersama parti? Ketika mahu menjadi calon pilihan raya bukan main lagi hebat ungkapan kata-kata semangat yang bernas, penuh semangat kononnya mahu berbakti kepada agama, bangsa dan negara.…










