KUALA PILAH – Dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 tahun maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Kilometer 1 Jalan Tanjung Ipoh-Seri Menanti dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengahari itu, kedua-dua mangsa, Muhammad Emir Safuan Saifullizan yang menunggang motosikal tersebut dan pemboncengnya, Mohammad Syamir Sulaiman maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah…









