Dua pemuda maut motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Dua pemuda maut motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI 27 Julai – Dua pemuda maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung di Jalan Tikam Batu-Kota Kuala Muda berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Pan­jang dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Sazalee Adam berkata, dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.45 malam itu, Mohamad Adli Mat Akhir, 20, ber­asal dari Kampung Paya Kercut, Tikam Batu dekat sini dan Amir Ami­rullah Noor Azman, 17, dari Taman Semarak di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang Amir Amirullah yang dalam perjalanan menghala ke Kota Kuala Muda memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Mohamad Adli, pelajar Maktab Mahmud Kuala Muda yang menunggang Modenas Kris.

“Pertembungan itu menye­babkan kedua-dua mangsa me­ngalami kecederaan parah di kepala dan maut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sazalee berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dekat sini untuk bedah siasat.

“Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN