Dua pemandu lori terselamat daripada maut - Utusan Malaysia

Dua pemandu lori terselamat daripada maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 2 Julai – Dua pemandu lori terlepas daripada maut apabila kenderaan masing-masing bertembung lalu terbakar di Simpang 5 Bulatan Jalan Sin Onn, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kemalangan itu, kedua-dua pemandu lori iaitu Abdullah Abd. Samad, 50, dan Tai Tzee Hiung, 41, bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, mereka sempat keluar daripada kenderaan masing-masing untuk menyelamatkan diri sejurus berlaku perlanggaran itu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kemalangan pada pukul 1 petang itu melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir dengan sebuah lori lika tan yang memuatkan barangan rumah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori pasir berusia 50 tahun itu kerana tidak berhenti sebelum memasuki bulatan.

“Lori muatan barangan itu turut mengalami kerosakan pada bahagian belakangnya” katanya dalam satu kenyataan.

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 3(2)(A) LN 166/59 kerana kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN