WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kelmarin bahawa AS tidak perlu tergesa-gesa untuk melucutkan senjata nuklear Korea Utara seperti yang dipersetujui antara beliau dan Kim Jong-un. “Perbincangan sedang berjalan dan ia berjalan dengan sangat baik. “Kami tiada had masa. Kami tiada had kelajuan,” kata Trump kepada pemberita. Trump berkata bahawa beliau membincangkan isu Korea Utara dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada sidang kemuncak mereka di ibu negara…










