Detik sukar sepanjang karier buat Neymar - Utusan Malaysia

Detik sukar sepanjang karier buat Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Penyerang Brazil, Neymar mengakui dia kini melalui detik yang paling menyedihkan dalam hidupnya selepas gagal memimpin Brazil menjulang trofi Piala Dunia kali ini apabila mereka ter­singkir pada peringkat suku akhir di tangan Belgium di Arena Kazan.

Pemain Paris Saint-Germain (PSG) tersebut hanya menyumbangkan dua gol selepas melalui lima perlawanan di Rusia sementara gagal beraksi dengan lebih baik meskipun mereka berjaya menjuarai saingan kumpulan E dan menang 2-0 ke atas Mexico dalam pusingan 16 terbaik.

Kempen Piala Dunia kali ini lakonan yang dibuat Neymar lebih menjadi perbualan hangat jika diban­dingkan dengan persembahannya yang kurang memuaskan dan tidak mencapai seperti apa yang diharapkan seterusnya terpaksa menerima kekalahan 1-2 kepada Belgium di aksi suku akhir.

Neymar memuat naik status dalam akaun Instagram peribadinya me­ngatakan ia adalah detik yang paling menyedihkan sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Saya berani mengatakan ia adalah kegagalan dan kesedihan yang paling besar setelah gagal me­lakukan yang terbaik buat pasukan kebangsaan.

“Kesakitannya amat perit kerana kami tahu Brazil sememangnya mampu melakukan yang lebih baik dan berupaya melakar sejarah ketika beraksi di Rusia.

“Tetapi, saya merasakan kempen kali ini bukanlah waktu yang terbaik kepada Brazil dan mungkin sejarah Selecao akan tercatat bagi Piala Dunia akan datang,”­ kata Neymar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN