DBKL laksana kerja baik pulih jalan rosak - Utusan Malaysia

DBKL laksana kerja baik pulih jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan segera kerja-kerja baik pulih jalan rosak di susur masuk ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Salak Selatan di sini walaupun bukan di bawah seliaannya.

Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, Abd. Hamid Surip memberitahu, tindakan itu diambil atas keprihatinan pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap orang ramai.

“Jalan di kawasan itu adalah di bawah seliaan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) tetapi DBKL mengambil inisiatif untuk melakukan kerja-kerja selenggara demi kemudahan pengguna dan penduduk setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak kami akan mengadakan perbincangan dengan Prasarana dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam ruangan Siapa Peduli melaporkan tentang kerosakan teruk jalan di susur masuk ke stesen LRT Salak Selatan sehingga mengundang kepada pengguna kenderaan terutama penunggang motosikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN