KAHERAH – Sekumpulan pakar arkeologi menemui dapur kuno berusia 4,500 tahun yang dipercayai digunakan oleh golongan buruh yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan Piramid Giza di sini. Pasukan itu turut menemui dua tapak rumah dan dapur milik pekerja dan seorang paderi di sebuah institusi purba yang dikenali sebagai wadaat ketika mereka melakukan kerja-kerja ekskavasi di sini. Kedua-dua tapak rumah ditemui berhampiran piramid Menkaure yang bercantum dengan kediaman seorang paderi. Pasukan arkeologi…










