IPOH 24 Julai – Pelantikan 312 ahli majlis untuk semua 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dijangka dapat diselesaikan pada minggu ini dengan proses angkat sumpah dijalankan secara serentak bagi melancarkan operasi. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Yong Choo Kiong berkata, lantikan ahli majlis PBT itu bukan sahaja melibatkan wakil daripada empat gabungan parti dalam Pakatan Harapan tetapi…










