KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan akan hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan wang sebuah yayasan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya akan perjelaskan (situasi sebenar) selepas memberi keterangan di SPRM esok ,” kata Anggota Parlimen Bagan Datuk itu dalam sidang akhbar pertamanya sebagai presiden baharu UMNO di sini hari ini.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa yayasan berkenaan dimiliki keluarganya dan beroperasi untuk menjalankan aktiviti kebajikan.
“Keterangan yang saya akan beri (ialah) mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga saya sendiri,” katanya. – Bernama











