Daim bebas pergi ke China - PM - Utusan Malaysia

Daim bebas pergi ke China – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Tun Daim Zainuddin, ahli Majlis Penasihat Kerajaan, bebas untuk pergi ke China jika beliau mahu.

Ketika diminta mengulas mengenai lawatan Daim ke China pada sidang akhbar hari ini, Mahathir berkata, Daim boleh pergi ke mana sahaja beliau mahu dan boleh menawarkan nasihatnya kepada pentadbiran.

“Saya agak beliau mahu berunding dengan China mengenai kontrak. Beliau (Daim) bebas untuk ke mana sahaja dia mahukan. Beliau boleh memberi nasihat namun saya boleh menolaknya jika saya mahu,” kata Mahathir.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Kementerian Kewangan mengeluarkan notis penggantungan kerja ke atas tiga projek bernilai berbilion ringgit iaitu Multi-Product Pipeline dan Trans-Sabah Gas Pipeline oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd., serta projek Landasan Kereta Api Pantai Timur sehingga dimaklumkan kelak.

Daim dilaporkan akan ke China sebelum kunjungan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi membincangkan penggantungan projek-projek terbabit. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN