Cubaan seludup ganja 300kg ke Malaysia tumpas - Utusan Malaysia

Cubaan seludup ganja 300kg ke Malaysia tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 1 Julai – Polis narkotik Thailand menahan sebuah lori yang menuju ke Sungai Golok di Narathiwat berhampiran sempadan Thailand-Malaysia dan merampas 300 kilogram ganja untuk dihantar ke Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

BANGKOK, 1 Julai — Polis Anti Narkotik Thailand (NSB) menahan sebuah lori pada sekatan jalanraya di Chumphon, selatan Thailand dua hari lepas dan menemui 300kg ganja yang dipercayai akan diseludup ke Malaysia. Pemandu lori berkenaan turut ditahan. — fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Lori itu ditahan di pusat pemeriksaan keselamatan di Chumphon, selatan Thailand kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) dua hari lepas dan pemandu warga Thailand tersebut yang diupah untuk mengangkut dadah berkenaan ditahan.

“Reaksi pemandu tersebut menimbulkan kesangsian kala­ngan pegawai di pusat pemeriksaan itu, yang telah melakukan pemeriksaan rapi ke atas bara­ngannya dan menemukan dadah berkenaan yang disorok dalam karung berisi baja,” kata Ketua Biro Pencegahan Narkotik (NSB) Thailand, Leftenan Jene­ral Sommai Kongvisaisuk kepada Bernama hari ini.

Jelasnya, dari Malaysia, ganja itu dijangka diedar ke negara lain.

Menurut Sommai, pihak berkuasa akan mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki dan seorang wanita yang disyaki mempunyai kaitan de­ngan kes berkenaan.

“Sepanjang minggu lalu, NSB memintas penghantaran lebih daripada satu tan ganja dan jumlah rampasan yang besar itu menunjukkan peningkatan dalam permintaannya berikutan semakin banyak negara yang menghalalkan penggunaan dadah,” tambahnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN