KUALA LUMPUR 21 Julai- Hubungan cinta antara penyanyi popular, Zayn Malik dan Model, Gigi Hadid yang putus awal April lalu didakwa kembali bertaut.
Memetik laporan US Magazine, model terkenal itu dilihat memakai anting-anting yang tertulis nama mereka berdua ketika keluar bersiar-siar di New York, Amerika Syarikat kelmarin.
Malah baru-baru, sumber melaporkan pasangan tersebut dilihat berdua-duaan sekali gus menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka sudah kembali terjalin.
Biarpun ada sumber mendakwa hubungan mereka hanyalah sekadar rakan karib namun mereka dilihat tidak lagi segan dan menyembunyikan hubungan tersebut.
Sebelum ini, Zayn dilaporkan berhenti mengikut Gigi dalam laman Instagram namun model terkenal itu tidak peduli dengan tindakan tersebut.
“Di dadanya, ada tatu berbentuk mata saya. Saya tak perlu dia mengikut Instagram saya,” kata Gigi. – UTUSAN ONLINE










