KETUA Desa Mantang, Kecamatan Batukliang, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Zainal Abidin tidak pernah menyangka, seramai 225 daripada 254 kanak-kanak di desa itu menunjukkan tanda-tanda mengalami pembesaran terbantut atau kerdil. Data itu dikeluarkan oleh Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) untuk desa yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada golongan petani. “Berdasarkan data Puskesmas, terdapat 225 kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda kerdil. Kami tidak pernah menyangka perkara ini akan terjadi,” kata Zainal ketika ditanya…










