Calon bebas, K. Murthy mahu ikut jejak Mahathir - Utusan Malaysia

Calon bebas, K. Murthy mahu ikut jejak Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang pesara kerajaan negeri Selangor, K. Murthy menjadikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos depan.

Murthy, 60, berkata, ini berikutan Mahathir telah diberikan peluang kedua dalam menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.

Katanya, dia yang bekerja dalam pentadbiran sebuah agensi kerajaan negeri selama 34 tahun ingin mengikut jejak langkah Pengerusi PH bagi menabur semula bakti kepada rakyat negeri Selangor khususnya di DUN Sungai Kandis.

“Saya membuat keputusan untuk bertanding dalam PRK ini selepas mendapat ‘wahyu’ daripada tuhan.

“Sudah tentu saya mahu mencipta sejarah seperti Mahathir,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman calon PRK DUN Sungai Kandis di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19 di sini hari ini.

Murthy yang berasal dari Klang itu memberitahu, yakin dapat menarik pengundi terutama kaum Cina dan India berikutan fasih dalam berbahasa Hokkien dan Tamil.

Jelas bapa kepada empat orang anak itu, kehadiran sebagai calon bebas dalam PRK DUN Sungai Kandis ini membuktikan amalan demokrasi yang wujud dalam negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN