SHAH ALAM 25 Julai – Dalam menangani isu yang berkaitan dengan golongan wanita dan institusi kekeluargaan, calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni bercadang menubuhkan pusat kaunseling di beberapa rumah ibadat. Mohd. Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh berkata, penubuhan pusat ini penting agar ia dapat dijadikan pusat rujukan dan premis yang menawarkan khidmat nasihat termasuk penganjuran pelbagai…










