Buat kerja, tunaikan janji - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Buat kerja, tunaikan janji – Tuan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah diberi mandat digesa untuk fokus melaksanakan tugas masing-masing bagi menunaikan janji yang telah dibuat pada pilihan raya umum yang lalu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini penting supaya rakyat nampak perubahan yang sebenar di bawah kepemimpinan baharu dan seterusnya mampu menambat hati semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambil memberikan kiasan pasangan suami isteri yang bercerai akibat kejahatan suami, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengingatkan kerajaan PH supaya tidak hanya diterima akibat kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Sebaliknya, beliau berkata, walaupun secara perbandingannya adalah lebih baik, namun setelah harapan diberi, jangan pula diungkit kelakuan jahat ‘suami’ agar semua nampak sempurna apabila apa realiti tidak seindah yang dijanjikan.

“Kepada yang menang, buatlah kerja masing-masing menunaikan janji pada rakyat supaya rakyat nampak perubahan yang sebenar lalu menyukai kita dan bukannya sekadar terpaksa menerima kita kerana bencikan suami jahat,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN