SAMARA 2 Julai – Brazil berjaya mengelak malapetaka sama yang menimpa Jerman, Argentina, Portugal dan Sepanyol apabila menjinakkan Mexico 2-0 untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia 2018, di sini hari ini. Bintang penyerang, Neymar muncul wira Brazil dalam perlawanan pusingan kedua di Samara Arena itu, apabila bukan sahaja menjaringkan gol pertama pada minit ke-51 tetapi turut menjadi penggerak kepada gol kedua jaringan Roberto Firmino pada minit ke-88. Gol…










