PENGERANG 4 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bot pancung dinaiki pendatang asing tanpa izin (PATI) yang karam Isnin lalu menemukan lima mayat terbaharu, empat lelaki dan satu wanita. Timbalan Pengarah ( Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata, kesemua mayat yang ditemuikan akan dibawa ke Jeti Marina, Pengerang. “Misi SAR yang diteruskan hari ini menemui lima mayat dipercayai mangsa bot pancung yang…










