KEMAMAN – Pasukan bomba kini giat memadam kebakaran tangki ketiga yang masih terbakar di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Azlimin Mat Noor berkata, kerja pemadaman kebakaran itu mengambil masa berikutan tangki terbabit mengandungi sebanyak 13,679 meter padu minyak mentah. Katanya, bomba terpaksa menggunakan kaedah tembakan buih termasuk menggunakan semburan air. – K! ONLINE










