Boling DBKL: 40 pasukan bersaing - Utusan Malaysia

Boling DBKL: 40 pasukan bersaing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Seba­nyak 40 pasukan yang dianggotai 110 kakitangan syarikat media bersaing dalam Kejohanan Boling Bersama Media anjuran Dewan Bandaraya Ku­ala Lumpur (DBKL) pada Sabtu lalu.

Acara yang berlangsung di Bukit Jalil Golf Country Resort di sini dirasmikan Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff.

Ibrahim berkata, kejohanan yang merupakan acara tahunan DBKL itu bertujuan memperkukuh jalinan ukhuwah antara pihak berkuasa tempatan itu dengan pengamal-pengamal media tempatan.

“Selain merapatkan hubu­ngan, pengamal media juga berpeluang merebut pelbagai hadiah istimewa yang disediakan dalam pertandingan ini termasuk cabutan bertuah,” katanya.

Lebih sepuluh syarikat media antaranya Utusan Malaysia, Bernama, Berita Harian dan RTM mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN