AWANG tidak pasti berapa banyak lagi agensi kerajaan yang belum mempunyai Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di tempat kerja. Isu ini bukanlah sesuatu yang baharu tetapi sering ‘timbul tenggelam’ bersama kes-kes penderaan atau kecuaian oleh pengasuh sehingga menyebabkan kematian. Begitulah situasi yang berlaku selama ini. Diharapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat benar-benar mencapai sasaran supaya semua agensi kerajaan mewujudkan Taska di tempat kerja menjelang Januari 2019. Perkara yang sama juga…










