PENULIS difahamkan selepas pengumuman kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar bermula pada 1 Jun lalu, ramai yang berpusu-pusu membeli kereta. Harga kereta dilaporkan begitu murah. Maklumlah, GST sifar manakala tiada pula cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST). Menurut beberapa sahabat penulis, peluang ini perlu direbut secepat mungkin kerana harga kereta dijangka berubah setelah SST dilaksanakan semula bermula 1 September kelak. Bayangkan kini GST berkadar sifar, sudah tentulah…










