MENGIBARATKAN harta awam seumpama mengurus harta anak yatim pertama kalinya disebut oleh Khalifah Islam yang kedua yakni Saidina Umar al-Khattab dalam ucapannya sebaik sahaja dilantik menggantikan Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Dalam konteks kenegaraan, perumpamaan begini telah meletakkan penanda aras tertentu ke atas harta awam untuk diurus oleh para pemimpin. Penanda aras ini juga berat sekali gus mendambakan agar pemimpin untuk senantiasa berhemah dan berhati-hati ketika menguruskannya. Perbuatan zalim seperti memakan…










