PUTRAJAYA 6 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad belum membuat keputusan siapa yang bakal mengisi jawatan Timbalan Menteri Pertahanan.
Menurutnya, individu tersebut perlu dilantik sebagai senator terlebih dahulu kerana dia bukan dari kalangan wakil rakyat sebaliknya mereka yang bukan wakil rakyat.
“Ini tidak menjadi masalah dalam Kabinet kerana dalam Kabinet apabila seseorang menteri tidak hadir dia boleh minta seorang ahli Kabinet lain untuk wakilinya, dia tidak boleh angkat timbalan menteri sebagai wakil.
“Yang jadi masalah hanyalah bila kita ada sidang Dewan Rakyat. Pada masa ini timbalan menteri mesti menjawab bagi pihak menteri,” katanya
Pada 21 Mei lalu, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. – UTUSAN ONLINE











