KOTA BHARU – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membelasah sepupunya hingga patah tangan kiri kerana mangsa mengambil durian di kebun bapa saudara mereka. Tertuduh, Mohd. Khairul Izwan Mohd. Zin, 32, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail. Lelaki itu didakwa menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata kayu berpaku sepanjang 80 sentimeter terhadap Mohd. Zulkhairi Abdul Kadir, 41. Kesalahan itu…










