PUTRAJAYA 4 Julai – Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pukul 7.37 pagi. Kenderaan Proton Inspira berwarna merah membawa Najib itu diiringi beberapa kenderaan pengiring SPRM dan polis itu dikatakan menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. Ahli Parlimen Pekan itu dijangka berhadapan lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd.…










