KUALA LUMPUR – Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ilyas Din meninggal dunia pada 10.10 malam tadi, akibat sakit jantung dan komplikasi buah pinggang. Ilyas, 67, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Datuk Keramat di sini, selepas sembilan hari dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Menurut kenalan rapat Allahyarham, Nor Khairul Anuar Mohamad Nor, Panglima TLDM ke-13 itu dibenarkan pulang oleh pihak hospital petang tadi. “Saya sendiri…










