MUAR 22 Julai – Proses bedah siasat mayat bayi, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang meninggal dunia semalam bermula pagi tadi di Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini. Pengarah HPSF, Dr. Muhammad Yusof Sibert berkata, bedah siasat itu dilakukan oleh pasukan perubatan forensik HPSF dengan bantuan pakar forensik dari Hospital Melaka. “Seramai lima orang dari pasukan perubatan forensik HPSF terlibat dalam proses itu termasuk pegawai perubatan, penolong pegawai…










