Bapa berharap Naufal pulih - Utusan Malaysia

Bapa berharap Naufal pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 20 Julai – Keadaan bayi malang, Naufal Amsyar Nabil Fikri yang cedera parah di kepala dipercayai akibat terjatuh di rumah pe­ngasuh masih sama.

Malah, bayi berusia 10 bulan itu juga masih bergantung dengan alat bantuan pernafasan di wad Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar, di sini.

Bapanya, Nabil Fikri Anwar, 28, membe­ritahu, anak lelaki tunggalnya itu masih tidak menunjukkan sebarang perubahan mahupun tanda-tanda positif setakat ini.

“Keadaan Naufal Am­syar masih seperti sebelum ini, memakai alat bantuan pernafasan sambil dipantau rapi oleh doktor dan petugas perubatan lain.

“Tiada apa yang kami harapkan kini melainkan Naufal Amsyar kembali pulih seperti sediakala dan membesar seperti bayi lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selasa lalu, bayi tersebut dimasukkan ke HPSF setelah dirujuk Hospital Tangkak apabila pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata dan retak tempurung kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN