PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) sedia memberikan sepenuh fokus kepada barisan pemain muda negara bagi memastikan arena badminton negara kembali bersinar pada masa depan. Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengakui bimbang sukan badminton akan menuju zaman gelap sekiranya jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei membuat keputusan untuk menggantung raket. Meskipun mengakui gembira dengan kecemerlangan Chong Wei merangkul gelaran Terbuka Malaysia buat kali ke-12, namun Norza tetap kecewa selepas pemain-pemain senior lain gagal menghasilkan keputusan positif pada kejohanan tersebut. Chong Wei yang berusia 36 tahun menjadi satu-satunya wakil negara yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya