Bakal dilengkapi CCTV 24 jam - Utusan Malaysia

Bakal dilengkapi CCTV 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Taman Pudu Ulu Fasa 2 di sini akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengekang jenayah samun dan perbuatan vandalisme yang kerap berlaku di kawasan taman awam itu.

Pengerusi Persatuan Sa­­h­abat Taman Pudu Ulu, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pemasangan CCTV yang beroperasi 24 jam itu diharap dapat mengawasi keselamatan pengunjung serta prasarana dan fasiliti sukan di taman rekreasi itu.

“Dewan Bandaraya Kuala Lum­pur (DBKL) menerusi unit berbasikal daripada Jabatan Pe­nguatkuasaan akan turut memantau keselamatan di sekitar taman seluas 25.9 hektar itu.

“Tandas awam tambahan juga akan dibina ekoran keperluan mendesak dalam kalangan pe­ngunjung warga emas selain ­usaha memperindahkan landskap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam tinjauan ke fasa kedua Taman Pudu Ulu hari ini yang turut disertai Pe­ngarah Eksekutif Projek Pengurusan DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah dan wakil penduduk setempat.

Menurut Lam Thye, beberapa kes samun melibatkan kejadian pecah cermin kereta berlaku hingga menimbulkan kebimba­ngan yang serius dalam kalangan pengunjung berkeluarga.

Katanya, selain kehilangan alat besi dan logam seperti penutup fius pada tiang lampu dan tong sampah yang dicuri kian menjadi-jadi dalam tempoh setahun sejak fasa baharu itu dibuka.

“Terima kasih kepada DBKL kerana prihatin dan mengambil langkah sewajarnya menangani isu ini dan diharapkan menjelang Ogos ini pemasangan CCTV itu akan dapat mengekang vanda­lisme di taman ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN