WELLINGTON 26 Julai – Pemangku Perdana Menteri New Zealand, Winston Peters meminta Australia supaya menukar benderanya kerana dikatakan menyamai selain menyebabkan kekeliruan. “Kami yang merekanya dan mereka (Australia) ‘meminjamnya’ dan jika mahu menyelesaikan masalah itu, mereka harus menukar bendera mereka. “Pastinya jelas bahawa seluruh dunia keliru. Saya berada di banyak tempat seperti Turki dan di tempat lain yang mereka keliru dengan negara-negara kita berdasarkan bendera-bendera itu,” katanya. New Zealand dan Australia memiliki bendera yang hampir sama dengan perbezaan pada bilangan dan kedudukan bintang. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya