MEDIA tempatan minggu lalu melaporkan disebabkan tidak cukup korum pada hari kedua Dewan Rakyat bersidang (24 Julai), persidangannya terpaksa ditangguh. Walaupun penangguhan itu tidak lama, namun berita kekosongan dewan itu menjadi tular dan menimbulkan reaksi yang pelbagai. Di bawah peraturan sedia ada (Standing Orders 13), perlu ada korum paling minimum 26 ahli Parlimen hadir. Ramai dalam kalangan rakyat yang merasakan ahli Parlimen yang telah dipilih untuk mewakili mereka sepatutnya hadir…










