Arkitek syarikat GLC pula direman - Utusan Malaysia

Arkitek syarikat GLC pula direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang lelaki yang pernah bertugas sebagai arkitek di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya bernilai RM300 juta.

Perintah reman bermula 1 hingga 5 Julai itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md. Roslan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, suspek tiba di Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10 pagi dengan berpakaian baju lokap SPRM berwarna oren dan tangan bergari.

Berdasarkan laporan awal, lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi memanipulasi beberapa kos proses projek pembinaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN