Anugerah media CIDB tawar hadiah RM90,000 - Utusan Malaysia

Anugerah media CIDB tawar hadiah RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menganjurkan Anugerah Media Pembinaan CIDB (AMP CIDB) 2018, untuk mengiktiraf hasil karya pengamal media berkaitan industri pembinaan dengan tawaran hadiah keseluruhan bernilai RM90,000 bagi semua kategori.

Penganjuran itu bertujuan untuk menghargai sumbangan media dalam menyalurkan maklumat berhubung agenda transformasi nasional di bawah Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020, khususnya berkaitan industri pembinaan, CIDB, Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi di bawahnya.

CIDB juga telah melantik Institut Ahkbar Malaysia (MPI) sebagai Sekretariat Penghakiman bagi tahun keempat penganjuran AMP CIDB.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Kanan MPI, Norlida Jamain berkata, penganjur berharap penyertaan media kali ini mampu memberi cerminan terhadap lonjakan penulisan atau laporan berita kepada satu tahap yang lebih baik.

“Kami mengalu-alukan sebarang bentuk penghargaan kepada kalangan pengamal media sekali gus memberi dorongan kepada mereka untuk melipat-gandakan usaha dalam menghasilkan berita eksklusif, tepat dan berinformasi.

“Mengikut pemerhatian MPI, ada berita terbaik sudah disiarkan dan diterbitkan tetapi tidak menyertai sebarang anugerah yang dianjurkan termasuk AMP CIDB dan ini amat merugikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Norlida, antara anugerah yang dipertandingkan ialah Anugerah Media Cetak, Anugerah Media Elektronik Penyiaran Televisyen dan Penyiaran Online serta Anugerah Foto.

Katanya, pertandingan itu dibuka untuk karya yang dihasilkan bagi tempoh 31 Julai 2017 hingga 30 Jun 2018 dan penyertaan kini sudah dibuka dan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 Julai 2018.

“Justeru saya berharap agar rakan-rakan media menyahut peluang yang diberikan oleh pihak CIDB dan sentiasa melayari laman web MPI untuk keterangan lanjut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×