KUALA LUMPUR 17 Julai – Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap penjawat-penjawat awam yang telah berpakat untuk membenarkan sistem rundingan terus dengan syarikat penjana kuasa bebas (IPP) sehingga menyebabkan kenaikan impak kos kepada tarif elektrik di negara ini. S. Piarapakaran Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S. Piarapakaran berkata, pihaknya berpendirian teguh bahawa tarif elektrik yang berpatutan dan saksama hanya boleh dicapai melalui sistem pembidaan kompetitif yang adil…










