Alli Kawi : Pengantara dalam Perjanjian Sri Aman antara Sarawak-Komunis meninggal dunia - Utusan Malaysia

Alli Kawi : Pengantara dalam Perjanjian Sri Aman antara Sarawak-Komunis meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 3 Julai – Bekas Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Alli Kawi yang pernah menjadi `wira’ kerana bertanggungjawab menamatkan insurgensi di negeri ini, meninggal dunia pada usia 84 tahun di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan malam tadi.

Allahyarham yang menetap di Taman Sourabaya Indah, Petra Jaya di sini, meninggalkan balu, Datin Sri Fatimah Jamil, anak-anak dan cucu. memainkan peranan penting dalam kejayaan Operasi Sri Aman bagi menamatkan

insurgensi di Sarawak.

Nama Alli terpahat dalam sejarah Sarawak apabila menjadi perantara atau `orang tengah’ berbincang dengan pemimpin Komunis, Bong Kee Chok mewakili Ketua Menteri, Allahyarham Tun Abdul Rahman Yaakub untuk menamatkan insurgensi atau gencatan senjata menerusi perjanjian dikenali sebagai Perjanjian Simanggang yang kemudian ditukar kepada Perjanjian Sri Aman pada 21 Oktober 1973.

Alli yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pada masa itu, berjaya mendapat kepercayaan Kee Chok untuk berbincang dan meletak senjata untuk menjadi penduduk awam, sekali gus mewujudkan perdamaian.

Malah, Allahyarham menjadi saksi yang melihat proses menandatangani

memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri diwakili Abdul Rahman dan Kee Chok (duduk kanan) pada tarikh bersejarah perjanjian itu dimeterai.

Semasa hayatnya, Allahyarham juga pernah berkecimpung dalam politik apabila mengetuai Parti Anak Jati Sarawak (Pajar) yang ditubuhkan pada 28 Mac 1978 sebagai presiden.

Beliau turut mengambil bahagian dalam beberapa pilihan raya sebelum bersara pada 1988.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN