KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) mengenai Akta Kebencian Agama dan Kaum tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, akta tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki. “RUU ini bertujuan melindungi, bukan sahaja Islam, bahkan juga agama lain jika ia dihina dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan ke atas mereka yang berbuat demikian.…










