KUALA LUMPUR – Akaun bank peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan, demikian menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Sumber SPRM berkata, akaun berkenaan tidak lagi mempunyai kaitan dengan politik mahupun perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa. “Sejak semalam akaun Najib tidak dibekukan lagi kerana tiada kaitan dengan perkara yang sedang disiasat ketika ini,” kata sumber itu kepada Bernama. Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut melibatkan beberapa akaun lain, sumber SPRM berkata, kemungkinan pembekuan beberapa lagi akaun lain juga akan ditarik kembali. Pada 2 Julai lepas, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membekukan 408 akaun bank milik individu, parti politik dan pertubuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya