Akaun Mohd. Nizar Najib turut dibekukan - Utusan Malaysia

Akaun Mohd. Nizar Najib turut dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Satu demi satu akaun bank peribadi ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibekukan.

Petang tadi, anak perempuan bekas Presiden UMNO itu, Nooryana Najwa Najib mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa membekukan akaun anak lelakinya yang berusia 10 bulan.

Malam ini pula, anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar turut mengalami nasib yang sama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akaun saya dan adik-adik dibekukan. Nak bayar bil pun tak boleh. Semoga dugaan ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya melalui status dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Isnin lalu, Pasukan Petugas Khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi akaun yang bakal dibekukan selepas tindakan itu diambil terhadap 480 akaun bank. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN