Air percuma di Johor bulan depan - Utusan Malaysia

Air percuma di Johor bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 5 Julai – Kerajaan negeri memutuskan untuk memberikan air percuma sebanyak 10 meter padu kepada golongan sasar seperti terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan bermula hujung bulan depan.

Slug : MB JOHOR BARUJohor - JOHOR BAHRU,12 MEI 2018 - DATUK OSMAN

Datuk Osman Sapian

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco yang diadakan semalam setelah mendapati kerajaan negeri mempunyai kemampuan untuk melaksanakan langkah tersebut.

Katanya, semakan telah dilakukan dan mendapati seramai 395,000 individu yang layak menerima air percuma sebanyak 10 meter padu dianggarkan bernilai RM10.

“Perbelanjaan tambahan melibatkan soal memberi air percuma kepada rakyat negeri ini bagi memenuhi manifezsto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan perbelanjaan RM25 juta setahun.

“Setelah kita teliti, kerajaan Johor ada kemampuan untuk membiayai, maka semalam dalam mesyuarat Exco kita sudah putuskan dan akan dilaksanakan bermula penghujung bulan depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) di Kompleks Seri Medini, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN